KELAS SEKOLAH RENDAH BERMULA 7 JANUARI 2011

Di Pusat Tuisyen Specialist, kami menyediakan perkhidmatan kelas tuisyen dan bimbingan pembelajaran dari tahap rendah hingga ke tahap menengah. Justeru, kami mengamalkan kaedah interaksi mesra dan dua hala supaya bimbingan lebih berkesan. Strategi belajar secara topikal, pendekatan menjawab soalan secara sistematik, tepat dan berkesan berdasarkan piawaian serta format kertas peperiksaan sebenar.

Atas inisiatif ini, kami menyediakan tenaga pengajar terpilih, terlatih, cekap dalam bidang masing-masing serta mempunyai pengalaman yang luas dalam selok belok penggubalan soalan peperiksaan. Latihan dan ujian akan diberikan kepada setiap pelajar dan pemantauan keatas keputusan pelajar akan dilihat dari semasa ke semasa.